PATI diseludup guna bas kena cekup - Utusan Malaysia

PATI diseludup guna bas kena cekup

Sebahagian PATI yang menaiki sebuah bas diperiksa PGA di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu pada 21 Mac 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Aktiviti menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan bas bagi mengaburi mata penguat kuasa semakin kerap di negeri ini.

Terbaharu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 9 Kuala Terengganu menerusi Op Benteng Covid-19 menahan 36 PATI dalam sebuah bas di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu semalam.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9, Nor Azizan Yusof berkata, pemeriksaan ke atas bas  menemui 22 lelaki dan 13 perempuan serta seorang kanak-kanak dipercayai PATI warga Thailand.

“Kesemua PATI  berusia 20 hingga 40 tahun itu dibawa ke Kompeni Taktikal PGA (Komtak) Taman Bakti di sini untuk siasatan dan  tindakan.

“Selain PATI, kita turut menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan,” kata beliau di sini hari ini.

Menurut beliau, semasa rondaan pukul 7 pagi anggota PGA terserempak sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota PGA terus menghampiri dua lelaki itu dan terus memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa.

“Kedua-dua suspek kemudian diarahkan oleh anggota PGA  membuka pintu bas yang berkunci,” kata yang kemudian 36 PATI.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya