Pahang terus komited, konsisten perkukuh MN - Utusan Malaysia

Pahang terus komited, konsisten perkukuh MN

WAN ROSDY WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Badan Perhubungan UMNO Pahang terus komited dan konsisten bagi mengukuhkan kesepakatannya dengan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) di negeri ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sepertimana pendirian sama dinyatakan sebelum ini, begitulah juga yang dizahirkan pada pertemuan kepemimpinan tertinggi MN Pahang malam semalam yang dihadiri Pesuruhjaya Pas negeri, Rosli Abdul Jabar dan Timbalannya, Andansura Rabu.

Jelasnya, mereka yang turut mewakili Pas pada pertemuan itu ialah Ketua Penerangan, Tarmizi Yahya; Setiausaha Badan Perhubungan, Hasanuddin Salleh dan Pengarah Pilihan Raya, Hamdan Abdullah.

“Yang mengiringi saya Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Hassan Ariffin; Bendahari, Datuk Seri Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak; Ketua Penerangan, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha, Datuk Seri Abdul Hamid Nazahar.

“Ini adalah pertemuan kesekian kalinya diadakan antara kedua-dua barisan kepemimpinan parti. Pertemuan turut membincangkan pelbagai perkara khususnya berkaitan gerak-atur kerja bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kelak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Rosdy berkata, berkaitan MN Pahang, beliau secara konsisten menyebut ia adalah persepakatan terbaik demi menyaksikan kesinambungan dan kestabilan kerajaan yang ada pimpinan UMNO/Barisan Nasional (BN) sekarang, serta kerajaan negeri tempoh pasca PRU-15 kelak.

Lagipun, katanya, persepakatan sebeginilah yang dituntut bukan sahaja oleh ahli-ahli kedua-dua parti UMNO dan Pas, malah turut diterima baik serta dituntut juga oleh rakyat di negeri ini.

“Sejarah juga membuktikan, di sebalik jatuhnya Kerajaan Pusat pimpinan BN pada PRU-14 lalu namun di Pahang (selain di Perlis), BN yang ditunjangi UMNO, terus-menerus mendapat mandat rakyat untuk memerintah tanpa henti selama lebih 60 tahun kini.

“Dengan kekuatan yang ada pada BN Negeri yang UMNO tunjangi, dan diperkukuhkan lagi dengan penyertaan Pas dalam MN Negeri saya yakin, Insya-Allah, perjuangan bersama kita menghadapi PRU-15 akan membuahkan hasil yang lebih daripada disasarkan,” katanyam

Oleh itu beliau berharap, UMNO dan Pas terus memperkukuhkan persepakatan yang tentunya bersandarkan atas faktor kejujuran dan setiakawan sejati, demi menyaksikan bangsa, agama dan bumi Pahang terus terpelihara. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya