Neelofa mohon doa peminat - Utusan Malaysia

Neelofa mohon doa peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Di kala desas desus bakal melangsungkan pernikahannya minggu ini, pengacara dan pelakon popular, Neelofa memohon peminat mendoakan agar urusannya dipermudah.

Neelofa menerusi Instastorynya berkongsi tiga petikan doa agar Tuhan melapangkan hati dan mempermudah urusannya.

Petikan doa itu turut disertakan perminataan ikhlas pengacara itu yang memohon peminat membacakan tiga doa itu untuknya.

Khabar angin mula bertebaran apabila ada yang mendakwa Neelofa bakal menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati, Haris Ismail minggu ini.

Walaupun tiada jawapan atau komen Neelofa berhubung spekulasi tersebut, namun rata-rata peminat setia menunggu dan tetap mendoakan yang terbaik untuknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya