Muzakarah kedua isu kalimah Allah - Utusan Malaysia

Muzakarah kedua isu kalimah Allah

ZULKIFLI Mohamad Al-Bakri menghadiri lawatan kerja ke KUIPs di Kuala Perlis hari ini.- UTUSAN/NAZLINA NADZARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Muzakarah kedua berhubung isu kalimah Allah akan diadakan dalam masa dua minggu lagi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perbincangan tersebut akan melibatkan  pakar serta panel akidah dan undang-undang daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Muzakarah kali kedua ini lebih kepada perundangan dan bagaimana untuk memperkasakan fatwa berkaitan kalimah Allah. 

“Panel-panel ini terdiri daripada pakar akidah dan undang-undang dari Jakim yang akan memperhalusi perkara-perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja ke Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Kuala Perlis di sini hari ini. 

Pada 10 Mac lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama itu untuk tujuan pendidikan.

Dalam keputusan terbabit, tiga perkataan Arab yang lain iaitu Baitullah, Kaabah dan solat turut mendapat kebenaran untuk digunakan.

Rentetan itu, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan pada 15 Mac lalu  mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan melalui notis rayuan yang difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Sementara itu, Zulkifli memberitahu, hasil daripada muzakarah pertama berhubung isu ini sudah dikemukakan kepada Majlis Raja-Raja pada 17 Mac lalu. 

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya masih belum menerima maklum balas daripada Majlis Raja-Raja buat masa ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya