KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebulat suara memberikan mandat kepada Majlis Tertinggi (MT) untuk menentukan tempoh kepada UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN). Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sekiranya PN tidak membubarkan Parlimen sebelum atau selepas tempoh darurat 1 Ogos ini, UMNO akan menarik diri daripada menyokong kerajaan sedia ada. Tegasnya, keputusan itu dicapai selepas mendapat kata putus seluruh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2020 semalam. Katanya, ia merupakan penambahan daripada usul yang dikemukakan iaitu tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya