Mohd. Haffiz Datuk Bandar Iskandar Puteri yang baharu - Utusan Malaysia

Mohd. Haffiz Datuk Bandar Iskandar Puteri yang baharu

HASNI Mohammad (kiri) menyempurnakan upacara pemakaian jubah, kalung dan songkok kepada Mohd Haffiz Ahmad di Dewan Serbaguna MBIP, Skudai, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pengetahuan dan pengalaman yang cukup luas dalam tadbir urus kerajaan negeri menjadi ukuran pelantikan Datuk Mohd. Haffiz Ahmad sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang baharu.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, Mohd. Haffiz mempunyai pengalaman dalam tadbir urus kerajaan dan pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Muar sebelum ini. 

”Dengan pengalaman itu, saya yakin dan percaya beliau mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik dan menggalas amanah yang besar dalam meneruskan agenda pembangunan bandar raya Iskandar Puteri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Datuk Bandar Iskandar Puteri Yang Ketiga di Dewan Serbaguna MBIP, Skudai, di sini hari ini.

Terdahulu, majlis tersebut dimulakan dengan pemasyhuran pelantikan diikuti dengan lafaz terima jawatan Datuk Bandar MBIP serta akuan sumpah menyimpan rahsia dan ikrar menentang rasuah.

Hasni turut berkesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Adib Azhari Daud dan Datuk Salehuddin Hassan, mantan Datuk Bandar MBIP yang telah menjalankan tugas dengan cemerlang dan berdedikasi.

Dalam pada itu, Hasni memberitahu, sebagai sebuah PBT yang paling hampir dengan denyut nadi rakyat, MBIP pastinya mempunyai tanggungjawab berat yang harus dilaksanakan.

”Bagi menyokong pembentukan imej bandar raya yang berdaya saing, saya menyeru semua warga kerja MBIP untuk beralih ke arah mentaliti kelas pertama. 

“Ciri-cirinya merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan bersifat holistik.

“Sebagai Datuk Bandar yang mengetuai PBT ini, ciri-ciri ini perlulah diterjemahkan dengan memberi komitmen dan perkhidmatan terbaik kepada semua peringkat masyarakat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya