Lost World of Tambun dibuka semula - Utusan Malaysia

Lost World of Tambun dibuka semula

PENGUNJUNG diperiksa suhu badan dan melakukan sanitasi sebelum masuk ke taman tema SLWOT di Ipoh, Perak yang dibuka semula hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Taman Tema Sunway Lost World Of Tambun (SLWOT) di sini mula membuka pintunya kepada pengunjung hari ini setelah ditutup kira-kira empat bulan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sebelum ini.

Pengunjung mula memenuhi dan berbaris di pekarangan pintu masuk ke taman tema ini seawal pukul 9 pagi untuk menunggu kaunter tiket dibuka sejam kemudian.

Pengarah Eksekutif Taman Tema Sunway, Calvin Ho berkata, kehadiran pengunjung pada hari pertama pembukaan semula taman tema tersebut amat memberangsangkan walaupun rentas negeri belum tidak dibenarkan.

Katanya, taman tema itu menerima kira-kira 1,200 pengunjung buat hari pertama pembukaan semulanya.

“Kami gembira melihat kehadiran pengunjung sebaik sahaja kerajaan membenarkan SLWOT untuk kembali beroperasi dan jumlah ini adalah satu angka yang positif.

“Taman tema kami menjenamakan semula State Of Play yang baharu dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih baik di samping mengekalkan keseronokan kerana keselamatan pengunjung adalah keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Antara SOP yang ditambah baik adalah kerap melakukan sanitasi kesemua kawasan yang kerap disentuh termasuk di taman permainan.

Begitu juga di kawasan kolam renang yang dibersihkan secara berkala selain menekankan penjarakan fizikal pada setiap kaunter dan lokasi-lokasi pengunjung. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya