KUANTAN: Prosedur operasi standard (SOP) yang lestari berhubung aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit di negeri ini sudah disediakan sejak 2019. SOP tersebut dirangka Jawatankuasa Eksekutif Penilaian SOP yang ditubuhkan kerajaan Pusat bagi membolehkan aktiviti perlombongan dan pengeksportan bahan mineral itu dilaksanakan dengan baik tanpa mengulangi masalah terdahulu. Jawatankuasa eksekutif penilaian itu dianggotai Prof. Datuk Azizan Abu Samah daripada Akademi Sains Malaysia, Pengarah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Mazlin Mokhtar; Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) negeri, Noor Jehan Abu Bakar dan Pengarah Eksekutif…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya