Lelaki hilang jatuh longkang masih disiasat - Utusan Malaysia

Lelaki hilang jatuh longkang masih disiasat

A. ASMADI Abd. Aziz (kanan) menyampaikan surat penghargaan kepada salah seorang penerima pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-214 di Kompleks Latihan Sukan Kontinjen Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZAKI SALLEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis belum menutup siasatan kehilangan Ahmad Amin Ismail, 58, yang dipercayai dihanyutkan air selepas motosikal Yamaha Ego S ditunggangnya terbabas  ke dalam longkang di Lebuh Persiaran Klebang 11, Jalan Ipoh-Kuala Kangsar dekat Chemor di sini pada 14 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abd. Aziz, berkata, siasatan masih dijalankan termasuk mendapatkan maklumat tambahan serta mengemas kini maklumat sedia ada berhubung kejadian tersebut.

Menurut beliau, ini termasuk mendapatkan maklumat saksi-saksi di tempat kejadian atau mana-mana pihak yang mengetahui tentang  kejadian berkenaan.

“Pada masa sama, pihak bomba juga masih menjalankan gerakan mencari dan mengesan mangsa untuk melengkapkan penyiasatan pihak mereka.

“Walaupun sehingga kini mangsa tidak ditemui kemungkinan dihanyutkan arus, namun siasatan  masih berjalan,” kata beliau semasa ditemui pada Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-214 di Kompleks Latihan Sukan Kontinjen Perak di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya