Lebih 10,000 lengkap terima dua dos vaksin Covid-19 

Lebih 10,000 lengkap terima dua dos vaksin Covid-19 

DR. ADHAM BABA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 10,605 individu dalam kalangan petugas barisan hadapan selesai  menerima lengkap dua dos menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sehingga semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, jumlah itu merangkumi keseluruhan 413,255 individu dengan 402,650 daripadanya menerima dos pertama.

Menurut beliau, Selangor merekodkan pemberian vaksin tertinggi dos pertama dengan 52,971 individu diikuti Perak (48,316); Sabah (40,134); Sarawak (33,788); dan Kuala Lumpur (35,751).

Katanya, jumlah di Pahang pula mencatatkan seramai 30,320 individu, Johor (29,238), Kedah (26,265), Pulau Pinang (26,879), Kelantan (18,977); Negeri Sembilan (17,279) dan Terengganu (15,726).

“Sementara itu di Melaka seramai 10,716 individu menerima vaksin, Perlis (9,526), Putrajaya (4,601) dan Labuan (2,343),” katanya menerusi Twitter beliau semalam.

Dalam fasa pertama program imunisasi yang bermula 24 Februari lalu, sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terdiri daripada petugas kesihatan dan petugas bukan kesihatan disasarkan menerima vaksin.

Fasa kedua pula akan melibatkan kumpulan berisiko tinggi dijangkiti Covid-19 iaitu warga emas dan golongan rentan berusia 60 tahun ke atas, yang mengalami masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kelainan upaya (OKU) melibatkan 9.4 juta orang.

Bagi fasa ketiga pula, baki penerima vaksin merupakan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas, yang akan bermula dari Mei 2021 hingga Februari 2022. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN