KUALA LUMPUR: Pelakon popular Indonesia kelahiran Malaysia, Miller Khan, 33, mengikat tali pertunangan dengan pereka fesyen, Farina Rebecca, 30, di Jakarta, Khamis lalu.
Romantisnya, Miller atau Mohammad Suhaemi yang sudah menjalin hubungan cinta sejak lapan bulan lalu, melamar pilihan hatinya di udara dengan menaiki helikopter pada ketinggian kira-kira 300 meter atau 1,000 kaki.
Difahamkan majlis pertunangan mereka dihadiri oleh kedua belah pihak keluarga terdekat dan teman rapat di sebuah hotel mewah di Jakarta. Pasangan ini juga akan melangsungkan perkahwinan pada tahun ini.
“Satu permulaan untuk selamanya bersama mu cinta ku,” coret Miller dengan berkongsi momen indah itu di Instagram miliknya.
Miller yang juga merupakan adik kepada aktor Isa Khan menerima kebahagian berganda apabila adiknya itu melangsungkan majlis pernikahan dengan aktres terkenal, Risteena Munim, sehari selepas hari berbahagianya.
“Isa, Risteena. Much love,” coretnya.