PETALING JAYA: Sebuah helikopter jenis Airbus H125 dinaiki lima individu terhempas ketika hendak mendarat di dalam kawasan lapangan terbang Subang Jaya di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, kesemua mangsa dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan teruk.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor dalam satu kenyataan berkata, seorang lelaki patah kaki kanan manakala seorang lagi cedera di kepala.
Selain itu, kata beliau, empat lagi lelaki hanya mengalami kecederaan ringan yang mana seorang luka di bahagian kaki.
“Kejadian itu tidak menyebabkan berlakunya sebarang kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE