Lagi 9 kluster baharu, tiga kematian direkodkan 

Lagi 9 kluster baharu, tiga kematian direkodkan 

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia terus menunjukkan penurunan kes dengan merekodkan 1,213 kes kes positif dan 1,503 kes sembuh.

Sebanyak sembilan kluster baharu dan tiga kematian direkodkan dengan terdapat penurunan kes aktif iaitu 14,782 kes berbanding semalam iaitu 15,075 kes. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 155 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 353 kes diikuti Sarawak, 303 kes; Johor, 142 kes dan Pulau Pinang, 104 kes. 

“Baki negeri merekodkan kes dua angka iatu Perak, 39 kes; Kedah, 38 kes; Negeri Sembilan, 23 kes; Kelantan, 20 kes; Terengganu, 15 kes; Pahang, 14 kes manakala Melaka, lapan kes; Labuan, dua kes serta Putrajaya dan Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Dr. Noor Hisham berkata, tiga kematian melibatkan masing-masing satu kes di Sabah, Sarawak dan Kelantan. 

“Kes melibatkan dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 59 hingga 82 tahun di mana pesakit wanita tidak mempunyai penyakit. 

“Dua pesakit lelaki pula mempunyai latar belakang penyakit seperti darah tinggi, jantung, gout dan buah pinggang kronik,” katanya. 

Mengulas mengenai sembilan kluster, beliau berkata, ia melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti dan satu kluster pusat tahanan. 

Katanya, Kluster Tapak Bina Persiaran Setia di Petaling, Selangor, 18 kes serta Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria di Sepang, 11 kes dan Kluster Jalan Wawasan Sembilan di Batu Pahat dan Kluang, Johor, 50 kes. 

“Kluster Melamam di Sipitang, Sabah, 14 kes dan Kluster Jalan Asuhan di Kerian, Perak, 12 kes. 

“Bagi kluster komuniti pula, Kluster Sungai Atap di Meradong, Sarawak, 19 kes dan Kluster Kampung Padang Tembakdi Keningau, 21 kes serta Kluster Bunga Tanjung Bendahara di Kota Setar dan Kuala Muda, Kedah, 10 kes,” katanya. 

Tambahnya, satu kluster pusat tahanan pula, Kluster Depot Imigresen Semuja di Serian, Sarawak, 99 kes. 

“Bagaimanapun, 10 kluster tamat iaitu Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, Kluster Kejuruteraan Subang Baru dan Kluster Tapak Bina Jalan Valdor,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN