Kos haji sentiasa meningkat - Utusan Malaysia

Kos haji sentiasa meningkat

TAHUN ini belanja untuk menunaikan haji dijangka meningkat sehingga 25 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (Bumitra Malaysia) mengingatkan jemaah haji di Malaysia agar menerima hakikat bahawa kos haji sentiasa meningkat sejak 30 tahun lalu.

Presidennya, Harun Kc. Ahmmu dalam satu kenyataan memberitahu, bagaimanapun, kos jemaah haji tahun ini hanya boleh diiklankan dengan kelulusan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebaik sahaja mendapat panduan tentang peraturan atau standard operasi prosedur (SOP) terkini.

“Persediaan yang secukupnya harus dibuat dari sekarang sama ada kos yang perlu dibayar di Malaysia dan kos yang berkaitan di tanah suci.

“Bagi menangani wabak Covid-19, bakal jemaah haji yang terlibat harus membuat pendaftaran awal di laman MySejahtera untuk dapatkan suntikan vaksin Covid-19,” katanya.

Baru-baru ini, Tabung Haji telah melantik 22 syarikat yang juga merupakan ahli Bumitra Malaysia sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim 1442H iaitu tahun ini.

Lesen pengendalian tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman untuk membolehkan PJH membuat persediaan awal walaupun pengumuman rasmi dari Kerajaan Arab Saudi belum diperolehi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya