Koperasi PDRM mahu jadikan aset polis tarikan pelancongan

Koperasi PDRM mahu jadikan aset polis tarikan pelancongan

AYUB Yaakob (kiri) dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Lawatan Kerja Koperasi PDRM dan Kumpulan Kop Mantap Ke Kontinjen Zon Selatan di Johor Bahru, Johor. - FOTO/KHAIRUL MOHD. ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat menggunakan kepelbagaian aset yang dimiliki mereka sebagai satu tarikan pelancongan, sama ada di peringkat domestik atau antarabangsa.

Pengerusi Koperasi PDRM, Datuk Seri Ayub Yaakob berkata, bagi menjayakan usaha itu mereka akan menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk agensi pelancongan dan pengusaha hotel.

“Ketika ini, terdapat tujuh cabang perniagaan di bawah Koperasi PDRM dengan satu daripadanya menjurus kepada sektor pelancongan.

“Jadi dengan asas yang ada, kita boleh jadikan aset-aset PDRM seperti Pusat Latihan Polis, Muzium Polis, perkakasan polis dan lain-lain produk sebagai satu tarikan dan mungkin juga kita mulakan dengan aset-aset lain.

“Kita pun sudah mendapat lesen untuk menjalankan perniagaan pensenjataan dan mungkin bersama dengan PDRM membangunkan lapangan tembak bagi membolehkan pelancong merasai sendiri pengalaman ‘shooting club’ yang profesional,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Program Lawatan Kerja Koperasi PDRM dan Kumpulan Kop Mantap Ke Kontinjen Zon Selatan, di sini hari ini.

Selain sektor pelancongan, Koperasi PDRM turut menceburi bidang pendidikan, logistik, perdagangan, sekuriti, pengangkutan dan pembinaan.

Menurut Ayub lagi, pihaknya juga akan berbincang dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan agensi berkaitan untuk membolehkan syarikat pelaburan mereka, Kop Mantap menjalankan kerjasama dengan semua koperasi di Malaysia bagi memberi perkhidmatan agensi pelancongan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN