Kontraktor didenda RM3000 pukul pengurus syarikat swasta

Kontraktor didenda RM3,000 pukul pengurus syarikat swasta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Padah memukul seorang pengurus syarikat swasta menggunakan sebatang kayu hingga cedera di kepala, seorang kontraktor didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Siew Foong Yew @ Lean Foong Yew, 37, selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan mangsa.

Jika gagal membayar denda, mahkamah memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan.

Tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Choong Chee Meng, 38, menggunakan sebatang kayu di hadapan sebuah rumah di Jalan SA 1 Seri Aman Height di sini pukul 3 pagi, 16 Mac lalu.

Kontraktor itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman terbabit.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni manakala Siew tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah pergi mencari teman wanitanya di rumah tertuduh setelah dimaklumkan oleh wanita itu dia berada di situ.

Bagaimanapun, tertuduh mengatakan bahawa teman wanita mangsa tiada di situ menyebabkan pertengkaran berlaku di antara kedua-duanya.

Tertuduh kemudian masuk ke dalam rumah dan mengambil sebatang kayu lalu memukul tangan kanan serta kepala mangsa beberapa kali hingga berdarah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya