Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru ditutup sementara - Utusan Malaysia

Konsulat Jeneral Republik Indonesia Johor Bahru ditutup sementara

PEJABAT Konsulat Jeneral Republik Indonesia ditutup sementara ekoran berlaku penularan pandemik Covid-19 di Johor Bahru, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pejabat Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru, di sini ditutup sementara hingga 9 April ini ekoran berlaku penularan pandemik Covid-19 di agensi berkenaan.

KJRI dalam satu kenyataan memberitahu, sehubungan itu semua urusan kaunter di agensi berkenaan turut ditangguhkan dalam usaha mencegah sebarang penularan baharu.

Menurut kenyataan itu, penangguhan itu termasuk urusan berkaitan pasport, Surat Perjalanan Laksana Pasport (SPLP) dan lain-lain dokumen konsulat.

“KJRI Johor Bahru bagaimanapunmeneruskan perkhidmatan melibatkan dokumentasi warganegara Indonesia seperti pengurusan surat kematian, WNI sakit dan keadaan darurat lain.

“KJRI Johor Bahru juga melakukan penjadualan semula bagi mereka yang melakukan pendaftaran sebelum ini dan memaklumkan pertukaran jadual kepada individu terlibat,” jelas kenyataan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya