Kluster Paloh Rambai akibat kenduri kahwin - Utusan Malaysia

Kluster Paloh Rambai akibat kenduri kahwin

HAMPIR satu pertiga atau 31 peratus CEO mengunjurkan dunia akan pulih hujung tahun ini. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan hari ini mencatatkan satu lagi kluster baharu iaitu Kluster Paloh Rambai di Ketereh. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata,  setakat ini Kluster Paloh merekodkan 20 individu di daerah ini dan Bachok  positif Covid-19. 

Menurut beliau, kes indeks bagi kluster itu membabitkan seorang wanita berusia 57 tahun yang kini dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa di sini.

“Wanita itu dikesan melalui saringan individu bergejala pada 18 Mac sebelum disahkan positif Covid-19 pada keesokan harinya. 

“Kes dalam kluster ini terdiri daripada guru, kakitangan dan murid di beberapa buah sekolah. Selain itu, ahli keluarga rapat mereka juga dikesan dalam kluster ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr. Izani berkata, punca penyebaran kluster itu dipercayai daripada majlis perkahwinan anak wanita berkenaan yang diadakan pada 13 Mac lalu. 

“Usaha untuk mengenal pasti kontak rapat masih  dijalankan oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Bharu dan PKD Bachok.

“Semua rakyat Kelantan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) majlis sosial. Tangguhkan dahulu majlis kenduri sekiranya tidak dapat mematuhi SOP,” katanya.

Utusan Online semalam melaporkan seorang guru dipercayai menjadi punca kepada penularan wabak Covid-19 sehingga sebuah sekolah di Ketereh di sini ditutup.

Susulan itu, 11 guru dan seorang murid disahkan positif Covid-19 manakala 24 guru lagi kini menjalani tempoh kuarantin.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN