Kilang kitar semula didenda beroperasi tanpa kelulusan - Utusan Malaysia

Kilang kitar semula didenda beroperasi tanpa kelulusan

KILANG kitar semula plastik terpakai di Seksyen U9, Shah Alam ini dijatuhi hukuman denda RM75,000 selepas didapati bersalah beroperasi tanpa kelulusan. - IHSAN JAS SELANGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan sebuah kilang kitar semula plastik terpakai beroperasi tanpa kelulusan membawa padah apabila dijatuhi hukuman denda RM75,000 di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Hakim Rofiah Mohamad mengenakan denda terhadap kilang yang beroperasi di Seksyen U9, di sini selaku Orang Kena Saman (OKS) diwakili pengarahnya berusia 47 tahun selepas mengaku bersalah di atas kedua-dua pertuduhan tersebut.

Bagi pertuduhan pertama, kilang beroperasi sejak Mei 2016 itu dituduh menjalankan aktiviti kitar semula plastik terpakai tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) pada 16 Ogos 2019.

Mengikut pertuduhan itu, kilang tersebut didakwa mengikut Seksyen 34A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang mana jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua pula, kilang tersebut didakwa gagal mengemukakan Pemberitahuan Bertulis kepada Ketua Pengarah mengenai punca pencemaran udara seperti kehendak di bawah Peraturan 5(1)(b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014 iyang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar dalam kenyataannya berkata, pihaknya sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar.

Katanya, orang awam yang ingin melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya