REMBAU: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Sinovac di negara ini.
Beliau yang merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan menerimanya suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Hospital Rembau pada jam 1.30 petang tadi
Turut menerima suntikan pertama vaksin Sinovac hari ini bersama beliau ialah 10 petugas barisan hadapan terdiri daripada 10 anggota bomba, dua orang anggota Rela dan enam petugas di hospital tersebut.
Khairy disuntik dengan vaksin berkenaan oleh Ketua Penyelia Jururawat Hospital Rembau, Salha Abd. Samad selepas melalui tiga stesen iaitu saringan gejala dan suhu, pendaftaran bagi mengesahkan kehadiran dan stesen ketiga bagi proses konsultasi dan persetujuan imunisasi.
Selepas disuntik, beliau seterusnya diletak di bawah pemerhatian di stesen kelima.
Khairy sebelum ini memaklumkan negara menerima sejumlah 100,000 dos vaksin Covid-19 Sinovac pada 15 Mac lalu dan bakal menerima jumlah yang sama pada 22 Mac ini. – UTUSAN ONLINE