Kes kematian jururawat biar siasatan tentukan - Khairy - Utusan Malaysia

Kes kematian jururawat biar siasatan tentukan – Khairy

KHAIRY Jamaluddin menerima suntikan vaksin COVID-19 di Hospital Rembau, Negeri Sembilan hari ini. - UTUSAN/IZZAT TERMIZZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak tidak membuat rumusan sendiri berhubung kematian seorang jururawat di Sungai Petani, Kedah, semalam.

Ia termasuklah dakwaan dengan mengaitkan punca kematian wanita berusia 45 tahun itu dengan pengambilan vaksin Covid-19.

“Biar siasatan dibuat untuk tentukan sama ada kematian berkenaan ada kaitan dengan vaksin atau tidak. Tak boleh buat laporan (berita) tergempar meninggal dunia (vaksin)… mungkin tiada kaitan langsung.

“Biar buat siasatan dulu sama ada meninggal dunia disebabkan apa,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima suntikan vaksin Sinovac di Hospital Rembau, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah hari ini dilaporkan berkata, jururawat yang menjadi penerima suntikan vaksin Covid-19 pada 12 Mac lalu itu disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung.

Menurut beliau, wanita itu meninggal dunia di rumahnya di Bandar Seri Astana di sini, semalam.

Tambahnya lagi, wanita itu yang berkhidmat di Hospital Pulau Pinang mempunyai rekod penyakit darah tinggi dan pihaknya dimaklumkan kematian itu oleh seorang pegawai perubatan pada jam 2.45 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya