Kes ingkar SOP naik semula semalam - Ismail Sabri

Kes ingkar SOP naik semula semalam – Ismail Sabri

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam naik semula setelah turun sebelumnya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 54 individu diberkas semalam berbanding 38 individu kelmarin dan 181 orang dicekup Ahad lalu.

“Kesemuanya dikenakan kompaun dengan kesalahan tertinggi ialah gagal menyediakan peralatan untuk merekod butiran diri sebanyak 21 kes,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Ini diikuti kes tidak memakai pelitup muka (17), merentas kawasan tanpa izin polis (enam), aktiviti pusat hiburan (lima), tiada jarak fizikal (tiga) dan pelbagai kesalahan lain (dua).

Mereka dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 67,974 pemeriksaan dan melibatkan penugasan sejumlah 3,888 pasukan di seluruh negara.

Ismail Sabri menambah, seramai 16,242 anggota itu memantau sebanyak 5,938 restoran, 4,613 pasar raya, 4,199 penjaja, 2,714 bank, 2,768 kilang selain 1,025 buah pejabat kerajaan.

Turut dipantau ialah 18,554 tempat riadah, 257 rumah ibadah, 133 pasar, 3,344 terminal pengangkutan darat, 1,851 terminal pengangkutan air dan 1,011 terminal pengangkutan udara.

Seramai 18 pendatang asing tanpa izin ditahan di seluruh negara semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan negara dan membendung kes Covid-19.

Bilangan pekerja warga asing didapati positif wabak Covid-19 setelah melalui saringan wajib di seluruh negara semalam naik sedikit setelah tiga hari catat kejatuhan dan Kementerian Sumber Manusia merekodkan 11 individu berbanding 10 individu kelmarin.

“Pihak kementerian memaklumkan sejumlah 3,428 pekerja warga asing sudah menjalani saringan tersebut di seluruh negara semalam. Secara kumulatif, sejak awal Disember lalu, seramai 644,425 individu telah pun selesai melakukan ujian mandatori itu yang melibatkan penyertaan sejumlah 33,440 majikan” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN