Kerajaan lulus RM60 juta baik pulih tebing runtuh di Pasir Mas

Kerajaan lulus RM60 juta baik pulih tebing runtuh di Pasir Mas

TUAN Ibrahim Tuan Man (kiri) turun padang meninjau lokasi runtuhan tebing Sungai Kelantan di Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas hari ini. - FOTO/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM60 juta bagi kerja-kerja membaiki cerun tebing Sungai Kelantan yang runtuh di Kampung Pohon Chelagi, di sini pada 17 Februari lalu.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peruntukan tersebut merangkumi proses pengambil alihan tanah-tanah milik penduduk yang hilang ‘ditelan’ runtuhan.

Menurutnya, kelulusan itu sekali gus membolehkan kerja-kerja membaik pulih runtuhan tersebut dilakukan secepat mungkin sebelum kedatangan musim tengkujuh.

“Jika kerja-kerja ini tidak dapat disiapkan sebelum November berkemungkinan besar runtuhan itu akan menjadi lebih teruk,” katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan terkini di Kampung Pohon Chelagi, di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti negeri, Datuk Azami Mohd. Nor; Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hanifa Ahmad; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari serta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan. Kamal Mustapha.

Tuan Ibrahim memberitahu, setakat ini sebanyak 20 lot tanah yang terlibat dengan insiden itu telah dikenal pasti bagi tujuan pengambil alihan oleh kerajaan.

“Kita akan bangunkan kawasan ini sebagai pusat rekreasi yang akan menjadi mercu tanda kepada Pasir Mas pada masa depan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya