Keputusan UMNO tidak dipengaruhi mana-mana individu - Utusan Malaysia

Keputusan UMNO tidak dipengaruhi mana-mana individu

MOHAMAD HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Keputusan UMNO menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) tidak dipengaruhi mana-mana individu, sebaliknya keputusan akar umbi termasuk daripada bahagian-bahagian UMNO.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, untuk mengatakan keputusan tersebut bukan datang daripada suara akar umbi adalah tidak benar kerana ia juga diputuskan pada mesyuarat perwakilan bahagian.

“Lebih daripada 100 bahagian memutuskan, bila lebih daripada 100 itu maknanya majoriti la kan. Jadi kita ada 191 bahagian, majoriti menggesa supaya UMNO tidak meneruskan kerjasama selepas Parlimen dibubarkan tetapi mendokong Perikatan ini terus sehinggalah Parlimen dibubarkan.

“UMNO ini satu parti yang matang, penolakan bukan kerana sesiapa. Yang saya katakan tadi kita tidak bersama semasa pilihan raya bukan satu dua orang punya keputusan, 100 lebih bahagian, tidak timbul isu dipengaruhi sesiapa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Muafakat Nasional (MN) Negeri Sembilan di Seremban hari ini yang turut dihadiri Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha.

Tambah Mohamad, sekiranya UMNO memilih selepas PRU-15 untuk bekerjasama dengan Bersatu sebagai sebuah parti gabungan, ia tidak menjadi masalah.

“Sehingga tamat riwayat kerajaan ini, kita bersama, selepas itu, kami tiada hubung kait dengan Bersatu,” katanya.

Dalam pada itu Mohamad berkata, UMNO kekal dengan pendirian untuk bekerjasama dengan Pas bagi mengukuhkan MN.

“UMNO memang telah memutuskan untuk terus memperkasakan MN dalam mesyuarat perwakilan bahagian-bahagian tahun lalu dan awal tahun ini, telah membuat usul menggesa parti untuk perkasakan MN, itu gesaan akar umbi yang amat kuat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya