Kenyataan kehendak peribadi Ahmad Zahid? - Utusan Malaysia

Kenyataan kehendak peribadi Ahmad Zahid?

TUN FAISAL ISMAIL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Persamaan kenyataan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) yang dikeluarkan semalam berhubung titah Yang di-Pertuan Agong pada 24 Februari lalu, menimbulkan persoalan apakah hasrat yang terkandung dalam kenyataan itu adalah kehendak ahli parti atau semata-mata bersifat peribadi Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, bagaimanapun, kenyataan seumpama itu sudah dijangkakan sejak beberapa bulan lalu atas pelbagai isu.

Menurut beliau, sejak sebelum Proklamasi Darurat diumumkan, nada individu tertentu dalam UMNO lebih mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya dan PH amnya.

“Tidak ada peliknya jika ada persamaan sebab sejak sebelum Proklamasi Darurat diumumkan nada individu tertentu dalam UMNO lebih mirip kepada Anwar dan PH berbanding suara kerajaan PN. Ia sesuatu yang sudah dijangka sejak beberapa bulan dulu.

“Cuma persoalan dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO, apakah itu nada dan kehendak individu tertentu atau nada dan kehendak sebenar parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai pihak mempersoalkan kedua-dua kenyataan akhbar BN dan PH itu bukan sahaja sama dari segi temanya tetapi juga ayatnya.

Sebagai contoh, pada perenggan kedua kenyataan PH berbunyi: “Kami mengalu-alukan titah Duli Tuanku yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan”.

Manakala kenyataan media BN pula berbunyi: “Barisan Nasional menyambut baik titah Duli Tuanku yang bertujuan menegakkan amalan sistem demokrasi yang berteraskan prinsip Keluhuran Perlembagaan”.

Perbezaan kedua-dua kenyataan akhbar itu hanyalah pada bahagian “Kami mengalu-alukan” dan “Barisan Nasional menyambut baik”.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang Pengajian Kerajaan dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff pula berkata, apakah pembuat kenyataan media Pengerusi PH dan pembuat kenyataan media Pengerusi BN adalah individu yang sama atau apakah ia dibuat menggunakan template yang sama?

Beliau turut mempersoalkan apakah mesej tersirat yang hendak disampaikan atau yang boleh dibaca dari persamaan tema dan ayat dalam kenyataan media Pengerusi PH dan kenyataan media Pengerusi BN.

“Atau apakah semua persamaan ini adalah sekadar satu kebetulan semata-mata?,” soalnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya