Kastam sasar kutip hasil cukai RM40.7 bilion - Tengku Zafrul

Kastam sasar kutip hasil cukai RM40.7 bilion

TENGKU Zafrul Tengku Abdul Aziz menandatangani plak perasmian Bangunan Blok Utama Pejabat Kastam Alor Setar, Alor Setar, Kedah hari ini. - FOTZO/ZAID MOHD. NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyasarkan unjuran kutipan hasil cukai keseluruhan sebanyak RM40.7 bilion pada tahun ini.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, sasaran kutipan hasil cukai pada tahun ini adalah lebih tinggi berbanding kutipan sebanyak RM38.6 bilion tahun lalu.

Menurutnya, kerajaan menaruh keyakinan JKDM yang merupakan antara agensi pemungut hasil utama negara mampu mencapai sasaran tersebut.

“Bagaimanapun, kerajaan mengakui pandemik Covid-19 memberi kesan kepada kutipan hasil kerana mempunyai kaitan dengan ekonomi negara.

“Pada tahun lepas, hasil kutipan cukai JKDM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga terkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Blok Utama Pejabat Kastam Alor Setar, di sini hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kastam, Abdul Latif Abd. Kadir.

Bangunan yang berharga RM47 juta itu dibina pada 27 September 2017 dan siap sepenuhnya 27 Ogos 2020 lalu.

Selain itu, Tengku Zaiful memberitahu, unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang meningkat kepada 6.5 peratus hingga 7.5 peratus pada tahun ini oleh kerajaan juga dapat membantu meningkatkan kutipan hasil cukai.

Sebaliknya, beliau berkata, KDNK pada tahun lalu pula menguncup lebih kurang 5.6 peratus. 

“Kerajaan optimis mengenai pertumbuhan ekonomi tahun ini akan bertambah baik berbanding tahun lalu,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, sasaran kutipan hasil cukai JKDM di negeri ini pula sebanyak RM1.2 bilion. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya