Kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta alami strok haba - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta alami strok haba

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI:  Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang maut selepas dipercayai tertinggal selama empat jam di dalam kereta milik pengetua sebuah  tadika di Taman Ria di sini Selasa lalu disahkan mengalami strok haba.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, hasil bedah siasat terhadap Muhammad Harraz Aryan Mohd Hafizi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, semalam mendapati terdapat simptom strok haba pada mangsa.

“Ketika ditemui pada pukul12.15 tengahari semalam, mangsa masih hidup tetapi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan lemah sebelum disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

“Keadaan cuaca panas yang melampau pada ketika ini dengan tiada ruang udara yang sempurna di dalam kereta menyebabkan mangsa mengalami strok haba,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, beberapa sampel pada badan manga telah diambil untuk dianalisa di makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian anak bongsu daripada dua beradik itu.

“Siasatan masih diteruskan daripada pelbagai sudut termasuk merakamkan keterangan semua guru di tadika itu tetapi sehingga kini kejadian itu dipercayai akibat kecuaian dan bukan sebab lain,” ujarnya.

Semalam seorang kanak-kanak berusia tiga tahun m meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta kira-kira empat jam oleh pengetua tadikanya di Taman Ria, di sini.

Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di tempat duduk belakang kereta Proton Waja oleh pengetua terbabit kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

Mangsa ditinggalkan dari pukul 8 pagi hingga pukul 12.15 tengah hari dan kejadian hanya disedari selepas pengetua itu mahu menghantarnya pulang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya