Julung kali tiada ingkar SOP di pusat hiburan - Utusan Malaysia

Julung kali tiada ingkar SOP di pusat hiburan

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buat julung kalinya, tiada pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melibatkan kes aktiviti pusat hiburan seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, angka sifar itu menunjukkan pengusaha premis tersebut mulai bimbang akan dihukum kompaun RM10,000.

“Kes mula turun semalam selepas dua hari naik dengan 134 individu ditahan berbanding 458 individu kelmarin dan 337 individu diberkas Sabtu lalu,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Daripada jumlah itu, 127 dikompaun manakala tujuh direman dengan kes tertinggi ialah tiada menyediakan alat rekod butiran diri sebanyak 36 diikuti tiada pelitup muka iaitu 31 kes.

Ini ujar beliau, diikuti kesalahan rentas kawasan tanpa izin (26), gagal patuh jarak fizikal (20), premis beroperasi lebih masa (17) dan pelbagai kesalahan ingkar SOP yang lain (empat).

Kesemua dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 70,320 pemeriksaan dan melibatkan penugasan sejumlah 3,253 pasukan di seluruh negara.

Ismail Sabri menambah, seramai 15,069 anggota itu memantau sebanyak 6,180 restoran, 4,655 pasar raya, 4,230 penjaja, 2,626 bank, 2,339 kilang selain 991 buah pejabat kerajaan.

Turut dipantau pasukan berkenaan kata beliau ialah 17,549 tempat riadah dan 183 rumah ibadah selain sejumlah terminal pengangkutan awam darat, air dan udara di seluruh negara.

Seramai 10 orang pendatang asing tanpa izin ditahan semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan negara dan membendung kes wabak Covid-19.

“Tiga kenderaan darat dirampas selain 77 buah bot atau kapal yang dicurigai telah dikesan berdekatan dengan perairan negara melalui enam aktiviti penglihatan,” tegas Ismail Sabri.

Op Benteng itu ujar beliau lagi, turut mengadakan 268 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan sembilan melibatkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan 51 dilaksanakan polis.

Beliau memaklumkan bahawa sejumlah 70 operasi sanitasi awam juga dilakukan di negara ini semalam yang meliputi 27 zon merah, enam zon jingga, 10 zon kuning dan dua zon hijau.

Ia ujar beliau lagi, melibatkan penugasan seramai 337 anggota bomba dan 300 anggota pihak berkuasa tempatan serta dibantu dengan penggunaan sebanyak 49 buah jentera bomba.

Menyentuh isu kuarantin wajib, seramai 613 individu tiba di tanah air semalam dengan kesemuanya telah diarah untuk menjalani proses mandatori itu di sejumlah stesen kuarantin.

“Sejumlah 7,099 individu terbabit masih lagi menjalani proses kuarantin wajib di sebanyak 77 hotel serta 12 buah institusi latihan awam dan swasta di seluruh negara,” kata Ismail Sabri.

Seramai 1,039 individu terbabit telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan, manakala 137,791 individu lagi sudah dibenarkan balik ke rumah masing-masing selepas dikuarantin.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pula semalam membuat pemantauan 11 jenis bekalan barangan di 565 peruncit, 127 pemborong dan 31 pengilang.

Penguat kuasa kementerian tersebut kata Ismail Sabri, juga melakukan sejumlah 1,761 pemeriksaan khas pematuhan SOP dengan kesemua premis terbabit mematuhi peraturan. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya