Jangan politikkan sebarang isu demi kepentingan peribadi - KPN

Jangan politikkan sebarang isu demi kepentingan peribadi – KPN

ABDUL HAMID BADOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua ahli politik diingatkan supaya tidak mempolitikkan sebarang isu demi kepentingan diri.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, ahli politik perlu bertanggungjawab di atas segala kenyataan yang dikeluarkan hingga mampu mempengaruhi dan mendatangkan kegusaran orang awam. 

Menurutnya, tindakan segelintir ahli politik bertindak mempolitikkan sesuatu perkara demi kepentingan diri adalah sesuatu yang tidak wajar kerana terdapat banyak perkara lagi yang lebih penting untuk dititikberatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Misalnya, dahulu anggota keselamatan mengadakan kawalan di tempat-tempat ibadat dan tidak jadi isu. Jadi, mengapa sekarang ianya timbul dan jadi isu bila ada anggota keselamatan berbuat demikian? 

“Isu remeh-temeh ini dijadikan isu politik dan dituduh tidak sensitif kerana bawa senjata di dalamnya di mana ia dibangkitkan oleh ahli politik sendiri. 

“Sikit-sikit nak kaitkan dengan kaum, agama dan lain jadi saya minta hentikan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, tindakan ahli politik terbabit akan menimbulkan perasaan tidak senang terhadap orang ramai. 

Sehubungan itu, beliau berharap semua ahli politik perlu mengawal diri daripada mempolitikkan semua perkara.

“Jadi, apabila ada isu-isu yang dibangkitkan, sudah tentu ada pihak yang akan membuat laporan polis,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya