IPOH: Dakwaan tanah rizab Melayu di negeri ini berpindah milik kepada bukan Melayu akhirnya mendapat perhatian kerajaan negeri apabila pegawai penasihat undang-undang negeri sedia mendengar penjelasan mengenai dakwaan tersebut. Naib Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Hamidah Osman yang membuat dakwaan mengenai tanah rizab tersebut berkata, pegawai penasihat undang-undang tersebut telah memberi persetujuan untuk berjumpa dengan beliau. Bagaimanapun, menurut beliau, setakat ini belum ada tarikh pertemuan ditetapkan dan beliau menunggu maklum balas mengenai perjumpaan yang akan diadakan. “Saya lega apabila pegawai penasihat undang-undang negeri sedia untuk berjumpa dengan saya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya