Gunting rambut percuma manfaat buat 10,000 pelajar - Utusan Malaysia

Gunting rambut percuma manfaat buat 10,000 pelajar

RADZI Jidin (tengah) melihat seorang murid menyertai Program Gunting Rambut Percuma Untuk Murid dan Ramah Mesra Menteri Kanan Pendidikan di Dewan Orang Ramai Renggam, Kluang, Johor. -UTUSAN/ MOHAMAD FAHD RAHMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menganjurkan program gunting rambut  percuma bakal memberi manfaat kepada 10,000 murid dan pelajar sekolah di seluruh negara.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, program berkenaan bertujuan membantu ibu bapa membuat persediaan untuk anak-anak mereka yang dijadual memulakan persekolahan pada 4 dan 5 April ini.

“Melalui GiatMARA, KPLB  akan melaksanakan program ini di seluruh negara dan program ini bermula hari ini sehingga 4 April depan. Kita jangka 10,000 murid di seluruh negara akan mendapat manfaat daripada program itu.

“Senarai murid akan disediakan kementerian dan pihak GiatMARA menyediakan 300 penggunting rambut dalam komuniti GiatMARA di seluruh negara dan ini adalah kali pertama kerjasama seumpamanya diadakan antara dua kementerian,” kata beliau selepas Majlis Perasmian Program Gunting Rambut Percuma Untuk Murid dan Ramah Mesra Menteri Kanan Pendidikan di Dewan Orang Ramai Renggam di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA, Jabar Azman Jaafar.

Menurut beliau, menerusi program ini, GiatMARA dapat memberi peluang kepada pelatih-pelatih memperkukuh kemahiran  menggunting seterusnya  layak menerima  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2.

Dalam pada itu, Radzi berkata, kira-kira RM1.4 juta diperuntukkan Kementerian Pendidikan sebagai dana bantuan bagi tujuan penyelenggaraan kepada 34 sekolah di Parlimen Simpang Renggam.

Katanya, sekolah-sekolah berkenaan termasuk sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.

“Jumlah peruntukan itu atas dasar keperluan di sekolah tersebut, ada sekolah memerlukan peruntukkan lebih besar untuk membuat penyelenggaraan, membaiki bahagian bahagian tertentu dan sebab itu ada perbezaan (jumlah dana) itu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya