Geotapak Bukit Ayer layak jadi geotapak 'travertine' - Utusan Malaysia

Geotapak Bukit Ayer layak jadi geotapak ‘travertine’

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail meninjau kemudahan yang terdapat di kawasan Bukit Ayer, Kangar, Perlis, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Geotapak Taman Eko Rimba Bukit Ayer mempunyai geologi struktur primer dan sekunder yang menjadikannya unik dan layak mendapat tempat sebagai geotapak ‘travertine’ (jenis batu yang terbentuk di kawasan berair).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kawasan yang dianggarkan berusia 485 juta tahun dan terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Bintang itu bernilai tinggi dan sukar ditemukan di kawasan lain di negara ini.

Baginda bertitah, kajian yang dijalankan oleh Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia pada 2019 melibatkan pemetaan terperinci geotapak ini mengumpulkan data bagi membolehkan pemuliharaan dan perkongsian maklumat secara umum dilakukan selain mengesahkan kehadiran ‘stromatolite’ dan ‘travertine’ di air terjun taman ini.

“Keunikan tapak ini bukan sahaja terletak pada keindahan kawasan persekitaran dan sungai yang nyaman, tetapi ia juga geotapak yang mempunyai geologi struktur primer dan sekunder.

“Antara pembangunan di kawasan meliputi 3.72 hektar ini adalah tapak perkhemahan Nakawan Base Camp yang menyediakan kemudahan perkhemahan yang lengkap untuk pengunjung dalam dan luar negeri ini khususnya kepada pengemar suasana alam semula jadi,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas sesi ‘walking brief’ sempena keberangkatan baginda meninjau kemudahan yang terdapat di kawasan berkenaan hari ini.

Maklumat tersebut dipersembahkan kepada baginda oleh Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Awang Shafie Awang Ahmadni.

Sementara itu, Awang Shafie berkata, terdapat beberapa blok batu kapur mengandungi ‘stromatolite’ ditemukan di sekitar kawasan geotapak tersebut.

“Stromatolite ini berbentuk tabular dan boleh dijadikan tarikan para pengunjung dengan konsep geopelancongan bermaklumat. ‘Alga stromatolite’ ini terbentuk apabila bakteria yang dikenali sebagai ‘cynobacteria’ mengeluarkan mukus yang melekat pada sedimen bersama-sama kalsium karbonat (CaCO3) dan membentuk perlapisan-perlapisan baru,” ujarnya.

Tambahnya, Jabatan Perhutanan negeri turut merancang untuk membangunkan tapak ‘Glamping’ bagi menampung permintaan perkhemahan yang tinggi serta membina ‘boardwalk’ untuk kemudahan pengunjung yang menggunakan denai hutan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya