Gajah liar ditangkap di Kampung Durian Bador - Utusan Malaysia

Gajah liar ditangkap di Kampung Durian Bador

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menangkap seekor gajah betina liar di Kampung Durian Bador, di sini Khamis lalu.

Pengarahnya, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, gajah dianggarkan seberat kira-kira 2.5 tan itu ditangkap selepas menerima laporan pencerobohan haiwan liar itu di kawasan berkenaan.

Katanya, gajah betina itu adalah antara sembilan yang dikatakan sering memasuki kawasan kebun penduduk dan merosakkan tanaman termasuk di Taman Pertanian Sekayu, di sini.

“Sekumpulan gajah liar didapati sering berkeliaran di beberapa perkampungan sekitar Sekayu sejak akhir-akhir ini termasuk di Kampung Kuala Menjing, Durian Bador, Padang Setar dan Kemat.

“Operasi melibatkan enam kakitangan daripada Unit Tangkapan Gajah (UTG) Terengganu dan pemeriksaan awal mendapati haiwan liar itu dalam keadaan sihat, ” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abdul Malek, gajah betina itu dilepaskan ke habitat asalnya semula selepas operasi pemindahan dijalankan esok.

Habis

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya