Gagal sedia alat rekod butiran kekal kes tertinggi ingkar SOP

Gagal sedia alat rekod butiran kekal kes tertinggi ingkar SOP

SERAMAI 16,261 anggota itu memantau sebanyak 5,718 restoran, 4,609 pasar raya, 4,115 penjaja, 2,738 bank, 2,403 kilang selain 1,031 buah pejabat kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jumlah pesalah ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara semalam naik semula setelah jatuh sebelumnya.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, 54 individu ditahan semalam berbanding 41 individu diberkas kelmarin dan 54 individu dicekup Selasa alu.

“Daripada jumlah ini, 53 dikompaun dan seorang lagi direman dengan kes tertinggi kekal iaitu gagal sedia alatan merekod butiran diri sebanyak 25 kes,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Ini diikuti pula kesalahan ingkar tidak memakai pelitup muka (17), merentas kawasan lain tanpa izin polis (enam), tiada pematuhan jarak fizikal (lima) dan pelbagai kesalahan lain (satu).

Kesemua dicekup Task Force Operasi Pematuhan diketuai polis yang melakukan sebanyak 66,274 pemeriksaan dan melibatkan penugasan sejumlah 3,722 pasukan di seluruh negara.

Ismail Sabri menambah, seramai 16,261 anggota itu memantau sebanyak 5,718 restoran, 4,609 pasar raya, 4,115 penjaja, 2,738 bank, 2,403 kilang selain 1,031 buah pejabat kerajaan.

Turut dipantau ialah 16,545 tempat riadah, 232 rumah ibadah, 161 pasar, 3,423 terminal pengangkutan darat, 2,122 terminal pengangkutan air dan 1,355 terminal pengangkutan udara.

Lima pendatang asing tanpa izin ditahan dan sembilan lagi diusir semalam melalui Operasi Benteng bagi mengekang jenayah rentas sempadan dan membendung kes wabak Covid-19.

Dua buah kenderaan darat dan dua bot dirampas manakala dua bot lain yang dicurigai ada dikesan berdekatan perairan negara melalui dua aktiviti penglihatan,” tegas Ismail Sabri.

Op Benteng itu ujar beliau lagi, turut mengadakan 257 sekatan jalan raya di seluruh negara dengan sembilan melibatkan Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan 51 dilaksanakan polis.

Beliau juga memaklumkan bahawa sejumlah 88 operasi sanitasi awam dilakukan di negara ini semalam yang meliputi 22 zon merah, sembilan zon jingga, 19 zon kuning dan lima zon hijau. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN