Doa Erra untuk Emran, Nabila - Utusan Malaysia

Doa Erra untuk Emran, Nabila

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada kata selain doa daripada Primadona Filem Negara, Erra Fazira kepada bekas suaminya, Engku Emran semoga berbahagia bersama pasangan pilihannya, Noor Nabila.

Erra mengucapkan tahniah dan mendoakan segala yang terbaik buat pasangan yang bernikah pagi tadi.

“Tahniah kepada kedua mempelai. Didoakan segala yang terbaik dan terbahagia buat pengantin serta anakku,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Engku Emran atau nama penuhnya, Engku Emran Engku Zainal Abidin ,47, bernikah dengan kakak selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila sebagai isterinya sekali gus menamatkan desas desus mengenai hubungan intim mereka sebelum ini.

Nabila dinikahkan oleh adiknya sendiri, Mohd Aqief Mohd Noor di sebuah masjid di ibu kota dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.

Erra berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014. Pasangan itu dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 11 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya