`Datuk Seri' didakwa minta rasuah bebaskan warga China - Utusan Malaysia

`Datuk Seri’ didakwa minta rasuah bebaskan warga China

MOHAMED AL FAIZAL dibawa oleh pegawai SPRM menggunakan kerusi roda untuk menghadapi dua pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor hari ini. UTUSAN/NORHAYATI YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk Seri’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan termasuk pertuduhan pilihan menerima dan meminta rasuah membantu melepaskan warga China pada September tahun lalu.

Mohamed Al Faizal Mohamed Ibrahim,45, membuat pengakuan di hadapan Hakim Rozilah Salleh selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan utama, tertuduh didakwa meminta rasuah RM300,000 daripada seorang individu sebagai dorongan melepaskan 22 orang warga China daripada tahanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen.

Pertuduhan pilihan, bapa kepada empat anak berusia 21 hingga 10 tahun itu didakwa bersetuju menerima rasuah berjumlah RM176,000 daripada seorang individu bagi tujuan sama.

Tertuduh  disyaki menggunakan gelaran ‘Datuk Seri’ palsu itu didakwa melakukan kedua-dua pertuduhan itu di Kampung Baru Subang, Petaling Jaya pada pukul 9.30 malam, 22 September 2020.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 16a(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta  sama.

Jika sabit kesalahan, lelaki  menetap di Rawang  itu boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada jumlah rasuah atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pada 18 Mac lalu, Mohamed Al Faizal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menerima suapan berjumlah RM176,000 dan memperdaya seorang individu bagi membantu melepaskan 22 warga China tahun lalu.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN