Dakwaan sogok ahli Parlimen, Natrah lapor SPRM

Dakwaan sogok ahli Parlimen, Natrah lapor SPRM

NATRAH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail mengumumkan beliau sudah membuat laporan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung dakwaan bahawa terdapat cubaan menyogok ahli Parlimen.

Dalam kenyataan, beliau mendedahkan, kejadian itu telah berlaku pada 3 Mac lalu dan melibatkan dua individu termasuk seorang yang bergelar ‘Datuk Seri’.

Justeru, katanya, laporan itu dibuat berdasarkan Seksyen 25 Akta SPRM 2009 yang membabitkan tawaran suapan.

“Hari ini saya telah membuat laporan kepada SPRM berkenaan satu kejadian percubaan mendapatkan sokongan saya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dengan janji manfaat yang boleh saya perolehi dengan pemberian sokongan tersebut.

“Saya berharap pihak SPRM akan dapat menyiasat perkara ini pada kadar segera,” katanya.

Pada masa sama, Natrah sekali lagi menegaskan beliau tidak berminat untuk memberi sokongan kepada Muhyiddin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Saya tidak mahu mengkhianati PKR, pimpinan dan yang terpenting pengundi-pengundi Parlimen Sekijang.

“Kepada mereka yang masih berusaha untuk mengubah sokongan Ahli-Ahli Parlimen PKR atau pembangkang amnya, berhenti lah. Kerajaan minoriti yang kamu cuba selamatkan itu sudah seperti telur di hujung tanduk,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya