Cuai memandu punca suami isteri maut, dua anak cedera

Cuai memandu punca suami isteri maut

SEORANG duda menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat sembilan dalam kejadian di Blok D PPR Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kecuaian ketika memandu dipercayai punca kemalangan di Jalan Saujana Impian berhampiran sebuah pasar raya di sini hari ini sehingga suami isteri maut dan dua anak mereka cedera.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suami isteri berusia 42 dan 40 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua anak mereka dirawat di Hospital Kajang.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu van berusia 28 tahun dari arah Semenyih menghala Kuala Lumpur yang hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan.

“Kenderaan itu kemudian bertembung dengan Perodua Bezza dinaiki empat sekeluarga yang menyebabkan pemandu dan penumpang hadapan meninggal dunia manakala dua penumpang belakang cedera.

“Pemandu van terbabit kini dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Tambah Mohd. Zaid, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Ujarnya, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya