Cemas anak terkunci lima minit dalam kereta - Utusan Malaysia

Cemas anak terkunci lima minit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAYAN LEPAS: Satu pasangan suami isteri berdepan detik cemas hampir lima minit apabila anak perempuan mereka berusia dua tahun terperangkap di dalam kereta yang diletakkan di hadapan sebuah tadika swasta di Lintang Mayang Pasir, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit dikatakan tertekan butang pada pintu menyebabkan dia terkunci semasa berada seorang diri di dalam kereta jenis Honda City berwarna hitam.

Kejadian disedari ibu bapanya ketika mahu membuka pintu kereta terbabit lalu terus menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Bayan Baru bagi mendapatkan bantuan.

Pegawai Operasinya, Mohd. Mustakin Mohd. Salleh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pukul 12.54 tengah hari dan tiba ke situ kurang lima minit kemudian.

Menurutnya, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian mendapati kanak-kanak perempuan masih berada di dalam kereta yang enjinnya dihidupkan.

“Anggota menggunakan peralatan khas bagi mengumpil pintu bahagian pemandu dan membantu menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

“Kerja-kerja menyelamat dilakukan kurang lima minit dan mangsa berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kemalangan mahupun kecederaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya