Capaian internet terbaik di pusat vaksin - Saifuddin Abdullah

Capaian internet terbaik di pusat vaksin

SAIFUDIN Abdullah (kanan) bertanya khabar warga emas yang hadir mendapatkan rawatan di KIinik Kesihatan Indera Mahkota, Kuantan, Pahang hari ini. - FOTO/DIANA SURYA ABD. WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan akan memastikan rangkaian internet di pusat vaksin seluruh negara terutama Sabah dan Sarawak berada dalam keadaan baik menjelang pemberian fasa kedua bermula Mei depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kebolehcapaian internet adalah penting semasa proses vaksinasi terutama melibatkan kawasan pedalaman agar ia berjalan lancar.

“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan pastikan capaian intenet baik di mana tempat vaksin diberikan selain hospital dan klinik kesihatan.

“Apabila pemberian vaksin masuk ke fasa kedua dan ketiga maka lebih banyak kawasan seperti dewan orang ramai dan pusat pendidikan akan digunakan…sebab hospital dan klinik kesihatan pastinya tidak mampu menampung jumlah penduduk.

“Pegawai-pegawai perubatan Kementerian Kesihatan akan mula keluar ke tempat-tempat lain maka rangkaian internet menjadi perkara yang sangat mustahak,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja ke Klinik Kesihatan Indera Mahkota di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pegawai perubatan pentadbiran Klinik Kesihatan Indera Mahkota, Dr. Nazrah Zarira Hazmah dan Pegawai Kesihatan Daerah, Dr. Rahimah Ibrahim.

Dalam pada itu, Saifudin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, proses pemberian vaksin kepada rakyat perlu diberi dengan cepat sekali gus memastikan ia dapat dilakukan secara menyeluruh.

Menurutnya, fasa satu yang melibatkan petugas barisan hadapan tidak menjadi masalah memandangkan pusat vaksin adalah di pusat kesihatan yang umumnya capaian internet berada di tahap baik.

“Namun selepas fasa kedua yang melibatkan golongan berisiko, kita perlu bersedia untuk ke fasa seterusnya kerana ini melibatkan berjuta-juta rakyat yang mana tempatnya tidak lagi terhad di hospital malah berkemungkinan melibatkan stadium, dewan orang ramai dan sebagainya.

“Proses vaksin ini tidak boleh ditangguh-tangguh… bila vaksin itu sampai, suntikan perlu dilakukan segera kepada penerima vaksin.

“Justeru, kita kena pastikan penyambungan internet dalam keadaan  baik dan memberi tumpuan kepada di pedalaman termasuk di Sabah dan Sarawak dengan cara memperbaiki capaian internet di kawasan yang memerlukan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN