LANGKAWI: Penempatan penduduk yang berasal dari Myanmar di Bukit Malut di sini bakal berubah wajah menjadi perkampungan baharu tersusun yang dilengkapi kemudahan asas untuk keselesaan penduduk. Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, tanah di kawasan tersebut akan disusun semula dengan menyediakan lot-lot baharu sebelum dijual kepada penduduk terlibat. Bagaimanapun menurutnya, lot-lot baharu tersebut akan dijual pada harga yang berpatutan dan penduduk yang tinggal di situ boleh membina rumah dan premis perniagaan mereka sendiri. Katanya, tanah di kawasan penempatan di situ merupakan milik kerajaan negeri dan syarikat swasta. “Mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya