PUTRAJAYA: Enam langkah persediaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghadapi ‘Gelombang Haba’ dan kebakaran hutan, belukar serta perladangan sekali gus menyebabkan berlakunya jerebu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia susulan taburan
hujan yang rendah beberapa minggu ini menyebabkan cuaca menjadi lebih panas dan diramal berlarutan sehingga pertengahan tahun ini.
“Enam langkah tersebut ialah mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri mengikut peringkat Negeri, Zon dan Balai, mengaktifkan Bilik Gerakan Operasi Jerebu
dan Pembakaran Terbuka dan melaksanakan Pemantauan Titik Panas dan menganalisa bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dan keadaan cuaca daripada Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan MetsMalaysia.
“Tiga lagi menjalankan rondaan di lokasi titik panas, mengatur gerak logistik dan kelengkapan seperti pesawat, jentera dan peralatan pemadaman mengikut titik panas,” kata beliau dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat bulan Mac 2021 di sini hari ini.
Mohammad Hamdan berkata, jabatan mempelopori pelbagai idea dan kaedah kreatif
bagi menangani dan mengawalkan kejadian tahunan ini, termasuklah kerjasama dengan agensi lain.
“Sehingga awal Mac 2021, sejumlah 5,354 kes kebakaran direkodkan melibatkan kebakaran kebun, belukar dan hutan,” katanya. – UTUSAN