Bersatu Sabah puji pendirian Bung Moktar - Utusan Malaysia

Bersatu Sabah puji pendirian Bung Moktar

BUNG MOKTAR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memuji pendirian Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mahu meneruskan kerjasama politik bersama parti itu di bawah payung Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Penerangan Bersatu Sabah, Khairul Firdaus Akbar Khan berpendapat, pendirian Bung itu penting bagi memastikan pembangunan negeri dan rakyat Sabah dapat direalisasikan.

“Bersatu Sabah cukup yakin dengan kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Mohd. Noor yang dibantu oleh Datuk Seri Bung akan dapat membawa satu kemajuan yang di mahukan oleh rakyat Sabah dapat dikecapi.

“Fokus utama kerajaan GRS adalah untuk memastikan segala perancangan untuk rakyat dapat disegerakan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Khairul Firdaus, kestabilan kerajaan amat penting kerana berpendapat faktor utama Sabah masih tidak dapat mengecapi kejayaan adalah disebabkan sering kali bertukar kerajaan.

Justeru, beliau menyifatkan sudah tiba masanya perjuangan untuk rakyat menjadi agenda utama dalam pentadbiran kerajaan GRS.

“Hubungan di antara parti-parti yang lain di bawah payung GRS akan sentiasa dipelihara keharmonian supaya fokus utama kerajaan untuk mentadbir negeri dapat berjalan dengan lancar dan efektif

“Perjuangan untuk hak-hak negeri Sabah dapat diperhebatkan lagi dengan adanya suatu gabungan yang kuat di bawah payung GRS,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya