Bekas pengurus pemasaran dan korporat direman 4 hari - Utusan Malaysia

Bekas pengurus pemasaran dan korporat direman 4 hari

SUSPEK wanita berusia 44 tahun dibawah ke Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini bagi membantu siasatan menerima suapan RM101,999.00 bagi kontrak pembekalan hadiah di antara 2018 hingga 2019.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Bekas pengurus pemasaran dan korporat sebuah pusat beli-belah di Klang, dekat sini ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan menerima suapan RM101,999 bagi kontrak pembekalan hadiah antara 2018 hingga 2019.

Perintah itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Shah Alam, Mohamad Redza Azhar Rezali terhadap suspek wanita berusia 44 tahun itu bermula hari ini.

Difahamkan, kontrak pembekalan hadiah kepada pusat beli-belah tersebut bernilai kira-kira RM564,000.

Menurut sumber, suspek bekerja kira-kira 10 tahun bersama pusat beli-belah itu dipercayai menerima rasuah berjumlah RM100,000 sebagai balasan membantu sebuah syarikat untuk mendapat kontrak pembekalan hadiah.

“Ini termasuk bagi hadiah untuk pelanggan dan acara di pusat beli-belah itu,” katanya.

Terdahulu, suspek yang juga diwakili peguamnya, Adeeb Barakbah tiba di kompleks Mahkamah Shah Alam pada pukul 9.50 pagi.

Suspek tiba dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dikawal pegawai pihak berkuasa tersebut.

Penahanan terhadap suspek dilakukan semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 2.30 petang.

Sementara itu, Pengarah SPRM negeri, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya