PETALING JAYA: Agensi pekerjaan swasta mendakwa mereka tercicir daripada perhatian kerajaan dalam pemulihan ekonomi negara selain tiada kemasukan pekerja asing sejak sempadan negara ditutup yang menyebabkan operasi mereka turut tergendala.
Pengarah salah sebuah syarikat agensi pekerja terbabit, Zubaidah M. Ali berkata, kerajaan tidak memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) walaupun bertindak sebagai orang tengah dalam mendapatkan pekerja tempatan.
Antara lain, menurutnya, terdapat segelintir agensi pekerja asing tidak dapat membuat pembaharuan lesen kategori B daripada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JKTSM) rentetan proses pembaharuan yang sukar dan tiada kelonggaran waktu diberikan.
“Bukan senang kita mendapatkan pekerja tempatan memandangkan calon pekerja sendiri juga boleh melalui banyak laman web pencarian pekerjaan dan media sosial termasuk dalam web Job Malaysia.
“Sebab inilah Penjana seharusnya diberikan kepada APS berdaftar yang membuat penempatan tidak kira dalam semua sektor pekerjaan supaya kami dapat bernafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Menurutnya, beliau agak terkilan kerana tiada tindak balas daripada kementerian dan jabatan terlibat untuk mengambil tahu tentang agensi pekerja asing yang telah menunggu selama setahun dengan harapan kerajaan dapat melihat nasib mereka.
Katanya, jika kerajaan tidak dapat membantu agensi berkenaan, mereka berharap beban semasa wabak Covid-19 dapat dikurangkan dengan membuka peluang untuk mendapatkan bantuan Penjana dan memudahkan urusan dalam proses permohonan Geran Khas Prihatin (GKP).
Zubaidah turut mencadangkan agar semua agensi pekerja asing mendaftar semula dengan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) supaya semua urusan dapat dijalankan dengan teratur agar agensi berkenaan boleh menjalankan perniagaan seperti ditetapkan dalam lesen mereka.
“Dengan adanya lesen sah, kami boleh memantau pemeriksaan gaji pekerja dengan baik. Kalau tidak semua pekerja terpaksa dipulangkan ke negara asal tanpa kita melihat sistem gaji dan permit mereka,” katanya.
Katanya, segelintir APS tidak dapat memperbaharui lesen kerana telah proses pembaharuan bukannya dimudahkan sebalik disusahkan dan tiada kelonggaran waktu diberikan, lebih-lebih lagi kebanyakan APS tiada perniagaan di mana mana jabatan terlibat melainkan majikan melantik mereka untuk membuat urusan bagi pihak mereka.
“Bukan senang kita mendapatkan pekerja tempatan memandangkan calon pekerja sendiri juga boleh memohon sendiri melalui laman web pencarian pekerjaan dan media sosial. Sebab inilah wang Penjana seharusnya diberikan kepada APS berdaftar yang membuat penempatan tidak kira dalam semua sektor pekerjaan supaya kami dapat bernafas.
“Saya agak terkilan, dengan tiada tindak balas dari Kementerian dan juga Jabatan terlibat untuk mengambil tahu tentang semua APS yang telah menunggu selama setahun dengan harapan kerajaan dapat melihat kita yang telah tercicir daripada bantuan.
“Sejak sempadan negara ditutup , tiada kemasukan pekerja asing mahupun pembantu rumah asing . Kita faham atas dasar keselamatan dan kesihatan rakyat, tetapi saya yakin bahawa negara yang melibatkan pekerja asing kini sedang dalam usaha mendapatkan vaksin supaya semuanya berjalan dengan selamat.
Zubaidah memberitahu di Malaysia terdapat lebih kurang 1,100 agensi berdaftar dengan lesen sah dibawah JTKSM yang majoriti sudah tutup pejabat sebab kerana buntu dengan macam-macam masalah yang dilalui dan ada yang berputus asa kerana tiada respons dari pihak yang bertanggungjawab.
“Pada masa berlaku persidangan anjuran KSM pada 2018, saya berada di dewan itu, JTKSM memaklumkan bahawa kami semua adalah agensi bertauliah yang akan membantu kerajaan dengan menempatkan pekerja asing dan pekerja tempatan.
“Saya bersuara kali ini kerana saya merasakan sudah setahun berlalu dan disebabkan kami semua membayar wang jaminan, kami mempunyai hak untuk bersuara dan kami dalam nyawa-nyawa ikan sekarang ini.
“Seharusnya jika kerajaan tidak dapat membantu kami,sekurang-kurangnya ringankan beban kami sewaktu Covid-19 ini dengan membuka peluang untuk mendapat bantuan wang Penjana dan memudahkan urusan kami dalam proses permohonan GKP, meringankan beban kami jika sempadan Negara masih tutup kami dapat satu keizinan WFH atau pihak yang bertanggungjawab menyediakan satu tempat buat kami beroperasi dengan kadar sewa rendah,” rayu beliau.
Katanya, kerajaan juga harus memastikan semua proses di Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan lain lain berkaitan dibuat sepenuhnya oleh agensi berdaftar kerana ada seksyen dan akta yang menyentuh bahagian tertentu.
“Dalam Lesen kami juga sudah disebutkan ‘APS boleh menjalankan aktiviti perekrutan bagi pencari kerja tempatan dan asing , mewakili majikan dalam urusan permohonan, pengambilan penempatan domestik termasuk urusan bersama dengan agensi kerajaan seperti KDN, JTK , JIM dan lain lain. Kenapa sekarang tidak semuanya diikuti dengan teratur seperti yang terdapat dalam akta dan lesen yang dikeluarkan.
Kataya, beliau masih berharap kerajaan menggunakan Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981 demi kebaikan negara dan mencadangkan agar semua APS mendaftar semula dengan Jabatan Imigresen supaya semuanya berjalan dengan teratur dan agensi-agensi terbabit boleh menjalankan perniagaan mereka semula seperti disebut dalam lesen.
“Dengan adanya lesen sah di bawah JTKSM, kami boleh memantau pemeriksaan gaji pekerja dengan baik. Kalau tidak semua pekerja dihantar pulang ke negara mereka tanpa kita melihat sistem gaji dan permit,” kata Zubaidah.
Beliau berpendapat kerajaan perlu membuka sektor pembantu rumah asing dengan SOP ketat melalui proses di bawah APS dan sudah tentu langkah itu akan lebih diyakini oleh negara sumber kerana rakyat mereka dilindungi dan semakan gaji juga lancar kerana dipantau APS.
“Saya yakin majikan-majikan yang setuju dengan kos yang dikenakan oleh kerajaan untuk kemasukan pembantu rumah asing mereka boleh teruskan dan ikuti dengan SOP ketat dan teratur dan semua proses dilakukan melalui agensi pekerjaan swasta.
“Saya mohon KSM dan JTK prihatin kepada kami dengan menghapuskan perkara-perkara yang boleh memudaratkan dan menjejaskan seperti “recyle maid” yang sedang berleluasa dan “agen haram” yang banyak mengambil kesempatan ke atas majikan termasuk menipu ditipu yang tempiasnya menjejaskan nama baik APS yang berlesen.
“Kita harus menghalang dan memberi kefahaman kepada majikan jangan mengambil pekerja kosong yang akan menyusahkan dari segi kesihatan dan dokumentasi. Sebelum ini kami boleh membuat semua aktiviti dengan baik, tetapi sejak Covid-19 ini banyak yang perlu dijimatkan dan mengurangkan kos supaya dapat bertahan kerana syarat utama dari JTKSM kami mesti ada lesen dan pejabat tapi tak kira ada bisnes atau tidak.
“Saya dengan rendah diri dan memohon kepada kerajaan agar membuka sektor pembantu rumah asing kerana ianya adalah keperluan dan saya sendiri juga memerlukan untuk pelanggan pelanggan saya yang sedang menunggu.
“Saya menyokong penuh dengan kerajaan pembukaan pekerjaan kepada rakyat tempatan , tapi sektor Jawatan Pembantu Rumah dibuka kepada dua dua iaitu tempatan dan asing. Majikan ada pilihan mereka mahu mendapatkan Pembantu Rumah Tempatan atau Pembantu Rumah Asing,” katanya.- UTUSAN