Adiwira sambut murid SK Bukit Rokan - Utusan Malaysia

Adiwira sambut murid SK Bukit Rokan

WATAK Captain America dan Spiderman menyambut kedatangan murid di SK Bukit Rokan, Tampin, semalam. – UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Watak adiwira Aven­gers menyambut ketibaan murid-murid yang memulakan sesi persekolahan 2021 di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rokan, di sini, semalam.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Bukit Rokan, Nor Azizah Shamsuddin berkata, konsep adiwira berkenaan sudah dua tahun dilaksanakan di sekolah ber­kenaan bagi menyambut keha­diran murid terutamanya pada hari pertama persekolahan.

Menurutnya, tahun lalu, kos­tum angkasawan juga telah digunakan oleh seorang guru bagi menyambut kehadiran murid prasekolah hinggalah ke tahun ini.

“Pagi ini, guru bahasa Ingge­ris, Shamil Usrah Zulkipli me­nyarung pakaian kostum salah satu watak adiwira Captain America dan seorang anak murid, Amar Thaqif Ashrul, 7, yang juga anak seorang guru me­nyarung kostum Spiderman bagi menyambut kehadiran 72 murid dari prasekolah hinggalah ke Tahun 2.

“Kita harap langkah ini akan dapat menceriakan sesi persekolahan dan murid lebih bersemangat untuk memulakan pembelajaran,” katanya kepada Utusan Malaysia pada majlis penyerahan pelitup muka di sekolah berkenaan semalam.

Yang turut hadir, Guru Besar SK Rokan, Asnizam Mohd Nor.

Azizah berkata, pihak sekolah juga ingin mewujudkan ikon popular dalam usaha memujuk murid-murid yang mempunyai kecenderungan enggan berpisah dengan keluarga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN