9 tokan dadah antara 33 diberkas - Utusan Malaysia

9 tokan dadah antara 33 diberkas

WAN Azharuddin Wan Ismail (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas dalam Op Sarang Khas dalam sidang akhbar di Tapah hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Sembilan tokan dadah termasuk seorang lelaki warga Indonesia antara 33 individu yang ditahan dalam Op Sarang Khas di empat lokasi di daerah ini dalam tempoh 48 jam sejak kelmarin.

Operasi bermula pukul 4 pagi itu dan berakhir semalam dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, serbuan hasil maklumat dan risikan itu dijalankan di empat sarang penagihan dadah di Sungkai, Bidor, Tapah dan Temoh.

Katanya, dalam serbuan tersebut, 33 lelaki termasuk dua warga asing dari Indonesia dan Bangladesh berusia 21 hingga 60 tahun berjaya diberkas.

“Dalam serbuan itu, kita juga merampas dadah jenis methamphetamine seberat 317.62 gram dan 65.57 gram dadah jenis heroin bernilai RM34,056.95 manakala sitaan harta pengedar dadah berjumlah RM42,000.

“Sembilan daripada 33 suspek yang diberkas itu adalah pengedar manakala selebihnya ditangkap bagi kesalahan memiliki dan menagih dadah,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Tapah di sini hari ini.

Menurut beliau, serbuan selama dua hari itu dilakukan di beberapa kawasan ladang kelapa sawit dan semak yang dijadikan lokasi aktiviti tidak bermoral itu.

Katanya, siasatan mendapati sumber dadah berkenaan diperolehi dari luar Tapah termasuk dari Lembah Klang dan kawasan sekitar.

“Daripada 33 orang yang ditangkap itu, tujuh penagih berpotensi untuk dituduh di bawah Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A(1), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama serta Seksyen 3(1) Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya