Seramai 6,000 warga JBPM terima vaksin Covid-19

6,000 warga JBPM terima vaksin Covid-19

MOHAMMAD HAMDAN WAHID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 6,000 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech dalam usaha menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). 

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah terbabit adalah sebahagian daripada 7,483 orang petugas barisan hadapan jabatan ini, bermula 25 Februari lalu. 

“Program itu penting kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam operasi melibatkan Covid-19 dan yang berisiko tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas kebombaan. 

“Adalah menjadi harapan yang besar agar penggunaan vaksin ini dapat membentuk imuniti terhadap jangkitan virus Covid-19 bagi ‘membebaskan’ negara ini daripada belenggu penularan pandemik Covid-19 seterusnya mengembalikan situasi ini kembali seperti sedia kala,” katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat bulan Mac 2021 di sini hari ini. 

Dalam perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata, JBPM menerima pertambahan enam buah balai baharu yang telah siap dibina dan beroperasi sekali gus menjadikan keseluruhan berjumlah 321 buah balai bomba. 

“Tiga di Sarawak iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Batu Niah, Balai Bomba dan Penyelamat Selangau dan Balai Bomba dan Penyelamat Asajaya. 

“Tiga yang lain adalah Balai Bomba dan Penyelamat Tioman, Pahang; Balai Bomba dan Penyelamat Kampong Gajah, Perak dan Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14, Putrajaya,” katanya. 

Beliau berkata, bagi projek baharu pula, sebanyak enam buah projek akan mula dilaksanakan tahun ini iaitu Balai Bomba dan Penyelamat AU3, Ampang, Selangor; Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Lembing, Pahang dan Balai Bomba dan Kuarters Gohtong Jaya, Pahang. 

“Selain itu, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Balah, Kelantan serta Ibu Pejabat JBPM Kuala Lumpur dan Pangkalan Udara Subang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN