6 lelaki ditahan curi elektrik lombong Bitcoin - Utusan Malaysia

6 lelaki ditahan curi elektrik lombong Bitcoin

SALAH sebuah premis di Bukit Mertajam, Pulau Pinang yang diserbu polis dengan kerjasama TNB selepas dikesan mencuri elektrik bagi melombong mata wang digital Bitcoin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Enam lelaki ditahan polis selepas menggunakan elektrik secara haram untuk melombong mata wang digital Bitcoin dalam serbuan di empat buah premis di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais berkata, kesemua suspek lelaki tempatan berusia 28 hingga 51 tahun itu ditahan dalam operasi bermula pukul 4 petang yang turut disertai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya mendapati suspek menggunakan elektrik melalui penyambungan haram tanpa melalui meter dan tidak berdaftar.

“Kita turut menyiasat sama ada wujud unsur jenayah bersindiket dalam aktiviti ini. Premis yang diserbu didapati beroperasi hampir setahun lalu sehingga menyebabkan kerugian ratusan ribu ringgit sebulan kepada TNB,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Rahimi berkata, dalam operasi itu pihaknya merampas beberapa peralatan termasuk 322 mesin pelayan mata wang digital; telefon bimbit (lima unit); komputer riba (tiga unit); router (tujuh) dan kabel serta dua buah kereta.

Ujarnya, dua daripada enam suspek yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya