4 kawasan catat IPU tidak sihat - Utusan Malaysia

4 kawasan catat IPU tidak sihat

HUTAN Simpan Kekal Kuala Langat Selatan, Selangor yang terbakar dan mengambil masa sehingga enam minggu bagi memastikan pemadaman sepenuhnya. - IHSAN BOMBA SELANGOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Empat Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini khususnya di daerah ini mencatat paras tidak sihat susulan kejadian pembakaran terbuka yang berlaku di Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan di sini.

Sehingga pukul 3 petang ini, Johan Setia Klang mencatat IPU tinggi iaitu pada paras tidak sihat iaitu 188 diikuti Banting (166); Petaling Jaya (137) dan Klang 107. Namun, Kuala Selangor dan Shah Alam mencatat IPU sederhana iaitu masing-masing pada paras 69 dan 95.

Turut mencapai paras IPU tidak sihat ialah di Rompin, Pahang iaitu 120 dan Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 105

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor mengesan 16 titik panas dan menganggarkan kawasan terbakar ialah 26 hektar.

Menurutnya, hasil siasatan mengesyaki kebakaran berpunca disebabkan aktiviti pembakaran terbuka di kawasan teroka tanpa kebenaran dan tanah beri milik bersempadan dengan hutan simpan.

“Malah, keadaan cuaca yang sangat panas dan berangin memburukkan lagi keadaan sehingga menyebabkan kebakaran merebak dengan lebih luas.

“Operasi pemadaman bersepadu digerakkan bermula semalam dan menjangkakan tempoh kebakaran dipadamkan kira-kira empat hingga enam minggu dengan penglibatan 130 anggota daripada pelbagai agensi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Loy Sian berkata, antara strategi yang dilaksanakan dalam operasi pemadaman hutan tersebut ialah membin parit saliran sebagai ‘fire break’ pada penghujung kawasan yang belum terbakar bagi menyekat kebakaran terus merebak.

“Kita juga mengaktifkan tujuh ‘tubewell’ berdekatan dengan kawasan kebakaran selain membuat pemadaman dengan menggunakan kaedah ‘direct attack’ dan membuat saliran air ke dalam kawasan kebakaran,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan IPU di Johan Setia, beliau memberitahu, pembakaran terbuka di kawasan itu berlaku sejak tiga minggu lalu dengan dilakukan warga asing dan tiada penangkapan dilakukan susulan mereka sempat melarikan diri ketika serbuan dilakukan.

“Tanah di hutan ini dan Johan Setia melibatkan tanah gambut yang mana kebakaran bukan sahaja berlaku di permukaan tetapi di dalam tanah dengan kedalaman sehingga satu meter,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, jumlah keluasan kebakaran yang berjaya dipadam setakat ini di Hutan Simpan Kekal Kuala Langat Selatan adalah enam hektar dengan berdepan ancaman pokok tumbang dan binatang berbisa.

Menurutnya, setakat ini keluasan kebakaran yang dilaporkan adalah seluas lebih 40 hektar melibatkan beberapa bahagian di hutan tersebut.

“Berdasarkan rekod bermula Januari sehingga kelmarin sebanyak 1,376 pembakaran terbuka melibatkan hutan sebanyak 322 kes, kebun (128), belukar dan lalang (622) serta sampah haram (264).

“Dalam dua minggu terakhir ini, kita menerima peningkatan kes pembakaran terbuka yang sangat tinggi setiap hari yang mencecah 80 kes perlu diselesaikan pasukan bomba,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya